Spicy Korean Chicken Simple

Hi, siapa dah try spicy chicken korean?
Kalau belum , hari ni aku nak share kat korang spicy korean chicken cara aku.
Cara aku ni sesuai untuk mereka yang nak mudah dah cepat .πŸ˜›

Perapan ayam :
Ayam yang dibasuh. (Sila la keringkan ayam tu pakai tisu )
Lepastu , gaulkan ayam tadi dengan 
sedikit  Halia 
sedikit Garam 
sedikit Lada Hitam 
Perap dalam 5 minit gitula ,lepas dah 5 minit golek2 kan ayam tu dengan tepung gandum. 
Salut setiap celah bedah dan goreng hingga keemasan 

OR

Beli jer ayamas premium jumbo drumet ayam . Ini lagi senang buka plastik die kendian goreng. 

Untuk sos :
3 ulas bawang putih (tumbuk sikit)
2 sudu besar cili kisar 
2 sudu besar madu 
2 sudu kecil gula (white/brown mana2 boleh , aku pakai brown)
2 sudu besar sos cili ( 1 sudu sos kimball + sos MCD )
1 sudu besar sos tomato 

Pastu korang tumisla bawang putih tu guna minyak jagung or any kind or minyak . Minyak tu agak2 la kang banyak sangat macam nak goreng kopok plak. letak sikit jer minyak . Dah masukkan bawang putih , pastu cili kisar, sos cili , sos tomato , gula then baru madu  . Sebatikan kendian masukkan ayam goreng kita tadi gaul dengan sos kita macam kita buat ayam masak merah tu. time ni buka api kecik jer sebab takut hangus . Setelah ayam sebati dengan sos korang boleh la tabur bijan  . Okey dah boleh ngap . Pasal sos MCD tu kalau takde takpe you gais , motif sos mcd hanya untuk pedaskan ayam . Boleh jugak gunakan sos ayam samurai melaka tu . Siapa tak tahu pasal sos ni sila cari kat ig .😁




spicy korean chicken versi myraliah

Comments

Popular posts from this blog

Elysian Beauty

Atok ku sayang.

Nothing to Something