Nothing to Something

Hi, lamanya tak borak kat sini .
Okey post kali ni nak cerita sikit tentang something tentang diri aku,
Aku tak pasti ia bakal jadi inspirasi atau hanya bakal jadi bahan cemuhan kalian ,
Tapi ni blog aku so it's up to me to share what ever i like. 😊
Okey nak cerita pasal convo yang aku baru attend sebulan yang lepas .
Secara officialnya aku Degree in human resource management dari UNITEN .
Jujur, aku bukan suka belajar sewaktu kecik dan aku sangat-sangat lambat membaca,
Korang mesti tak caya aku start lancar membaca masa aku darjah 4 , yaw darjah 4 
Boleh bayangkan tak ? Tapi aku takpernah masuk kelas corot taw sebab aku ada sorang ibu dan ayah yang hebat . Mereka hebat ! Kenapa mereka hebat? Masa aku tabika aku wakil tabika KEMAS pulau gadong untuk pertandingan bercerita. Boleh bayang tak ? Budak tak geti baca tapi boleh bercerita ? Tekniknya adala ibu hari2 akan bacakan buku cerita tu. Dan aku hanya akan dengar dan hafal semua cerita yang ibu ceritakan. Aku takley membaca tapi aku boleh mengingat dan aku sentiasa disogokkan dengan keyakinan yang aku boleh. Ayah orang yang selalu cerita benda yang positif kat aku. Walaupun aku slow ibu ayah tak pernah cakap aku bodo . Tak pernah. Aku ingat lagi ayah cerita pasal siput babi nak naik perigi. Siput babi kan slow kan tapi die usaha jugak , dan akhirnya sampai jugak . Moral dari cerita itu does not matter how long it's take , what matter we get it. Dan sehingga degree pong aku malas jugak nak study but aku pastikan no repeat paper no matter what. Walaupun frust menonggeng dengan cinta yang tak kesampaian  πŸ˜œ. hahahaha. Tapi aku akan pastikar dan aku takley baca dua sukn aku lulus.  Jadi kesimpulanya , takde orang takboleh belajar cuma mahu atau tidak mau. Dan kepada ibu bapa luar sana sila la sokong anak anda ,setiap apa yang Allah berikan itula dugaan untuk kita. Aku sangat-sangat berbangga dengan kedua-dua ibu bapa aku kerana mereka aku menjadi amirah yang sekarang. Kekadang malu jugak bila budak-budak PLKN kata kau pandai mira bolehla , mereka tak tau aku tidakla pandai mana cuma aku ada sokongan yang padu .Aku harap kalian yang baca bakal jadi lebih baik dari aku . Dan aku mohon kalian doakan aku dapat kerja secepat mungkin ye. 
Okey night. No hate just love 

seketul amirah aliah dengan ijazahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Elysian Beauty

Puasa Di Uniten

Atok ku sayang.