Puasa Di Uniten

Hi,
Mesti sekarang semua tengah sibuk daftar untuk kemasukan asasi or diploma kan .
Post kali ni sis nak cerita pasal pengalaman sis berpuasa di Universiti tenaga nasional or Uniten di kampus menghijau Muadzam shah , pahang.
Siapa jenis suka masak ? Okey ada berita baik untuk anda , awak boleh bawak rice cooker untuk adik-adik sem 1 .
Bila dah level up maksudnya dah sem 2 bolehla bawak peti ais, multi cooker , mesin basuh, tv and segala jenis peralatan elektrik. 
Nak pasang lampu raya pong boleh . Hahaha.
Awak boleh bawak semua barang elektrik tu kerana bil elektrik kamu yang PERLU BAYAR SENDIRI.
Maksud bayar sendiri tu bukanla Tnb hantar bil kat penginapan , tapi di Uniten mereka menggunakan sistem topup elektrik . 
Macam topup kredit kalau habis kena topup tapi topup elektrik takde tamat tempohla .
Dan semua pembayaran topup elektrik time sis belajar hanya di lakukan di wisma ,
Ehh, bukan nak cerita pasal topup tapi pengalaman berpuasa kan.
Okey bagi sesiapa yang rasa masak menggunakkan rice cooker/ multi cooker lembap bolehla beli dapur travel tu. 
Actually dapur ni diharamkan tapi pepandaila hang pa sorok kalau ada check kebersihan rumah korang.
Tapi, alhamdulillah belum pernah sepanjang 3 tahun kantoi or kena rampas sebab most of student guna kot benda ala tu.
Helo, lagi sedap kot goreng telur dalam kuali dari dalam rice cooker tu. 
Bagi yang malas nak masak awak boleh jer beli makanan kat bazar ramadhan tiap-tiap hari sebelah pantai selamat tu . 
Kecuali sabtu , sebab sabtu ada pasar malam . Tapi tula nama jer pasar malam , yang benarnya die buka dari pagi sampai malam. 
Baik bazaar ramadhan maupun pasar malam anda pasti rambang mata nak beli sebab agak besar jugakla dan beraneka makanan.
Dan bagi yang tak biasa makan pasar2 ini dun worry kedai sekitar pekan muadzam banyak jer. 
Paling fav dak2 Uniten Kfc , tak pong Jentayu. Huis jentayu tu sampai kena tempah la awal satu hari.
Dan jarak ke bazaar or jentayu lama hanya 10 minit kot kalau jalan kaki lengang-lengang.
Cuba nak ke kfc or ke bandar satelit jer kena naik kereta sebab jalan ke sana tak digalakkan anda untuk jalan kaki tapi bagi yang hati kental bolehla.
Tapi tu dulu sis tak tahu la kalau baru2 ni ada jalan yang helok dari penginapan nak ke sana. 
Ehh, lupa lak kat penginapan masing-masing ada jer food court so tu paling senangla tapi kena tunggu tu mungkin lepas berbuka baru makan kekadang.
Dan jika anda terlalu malas untuk masak serta bergerak, jalan terbaik ws member tolong belikan makanan . Setel. Hihihi.


Hi siapa yang nak masuk uniten good luck okey. Siapa pi campus muadzam dapatla kekadang merasa kabus dipagi hari . 




Comments

Popular posts from this blog

Elysian Beauty

Atok ku sayang.